SA Sentral

Satu pembangunan transformatif oleh Kumpulan PKNS

Memperkenalkan Masa Depan Shah Alam

Kumpulan PKNS telah menerajui projek bermatlamat tinggi iaitu Shah Alam (SA) Sentral, sebuah pembangunan transformatif yang direka untuk meletakkan Shah Alam sebagai hab perniagaan terkemuka. Dengan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) sebanyak RM5 billion, pembangunan bercampur ini merupakan langkah penting dalam menggiatkan semula landskap dan ekonomi bandar.

Membangun, Menghubung dan Mencipta Semula

Visi Kumpulan PKNS untuk SA Sentral berteraskan prinsip ‘Membangun, Menghubung dan Mencipta Semula’. Pembangunan ini bertujuan untuk memodenkan Shah Alam sambil mengekalkan identitinya, menarik golongan muda, serta menawarkan gaya hidup yang dinamik dan lestari untuk semua.

SA Sentral menandakan langkah berani dalam pembangunan bandar, menjadikan Shah Alam sebagai destinasi utama untuk perniagaan dan gaya hidup moden.

Sekilas Pandang: Shah Alam Sentral

Projek ini direka dengan teliti bagi memenuhi pelbagai gaya hidup dan keperluan, menawarkan kehidupan seharian dengan gabungan kemudahan moden dan ruangan indah dalam satu destinasi.

Pembangunan Guna Campur

SA Sentral akan menampilkan bangunan yang saling berhubung, merangkumi kedai runcit, ruang pejabat, hotel, kediaman, dan pusat kebudayaan, mewujudkan ekosistem yang menarik untuk perniagaan dan penduduk.

Reka Bentuk Berorientasikan Transit

Menekankan keterhubungan, projek ini akan meningkatkan mobiliti dan ruang awam, termasuk laluan strategik yang menghubungkan Stesen LRT Dato Menteri ke SA Sentral, sekali gus memperbaik aksesibiliti dan kualiti kawasan rekreasi.

Komitmen terhadap Kelestarian

SA Sentral mengamalkan pendekatan berpandangan ke hadapan dalam pembangunan bandar, mengutamakan kelestarian dan tanggungjawab alam sekitar untuk mewujudkan masa depan Shah Alam yang lebih hijau dan saling berhubung.

Pelan Tindakan Bandar Rendah Karbon MBSA

Pembangunan ini menggabungkan inisiatif alam sekitar yang bertanggungjawab dalam mengurangkan pelepasan karbon, mencerminkan dedikasi PKNS terhadap kelestarian.

Ruang Hijau

SA Sentral menyediakan taman dan kawasan landskap, menggalakkan ketersambungan antara kehidupan bandar dan alam semula jadi.

Aneka Walk direka sebagai ciri utama SA Sentral, bertujuan untuk berwujudkan hab beli-belah dan komersial dengan ciri keterhubungan melalui laluan pejalan kaki, serta aksesibiliti kepada kawasan berhampiran seperti kedai, tempat makan dan ruang hiburan.

Merentasi sepanjang lebih
300 meter.

Aliran
pejalan kaki yang lancar.

Akses mudah
kepada stesen LRT.

Ruang hijau berkonsepkan
mesra alam.