Inisiatif Berimpak

Mengubah Kehidupan ke Arah yang Lebih Baik

Berkhidmat dan Menyantuni
Komuniti

Di Kumpulan PKNS, Inisiatif Berimpak kami mencerminkan komitmen untuk membawa perubahan positif dan berkekalan kepada komuniti yang kami santuni. Inisiatif-inisiatif ini merangkumi pelbagai bidang utama, termasuk kelestarian alam sekitar, pertumbuhan ekonomi dan filantropi.

Melalui inisiatif ini, kami berusaha menangani cabaran global yang kritikal, memperkukuh kesejahteraan sosial, serta memperkasa komuniti agar dapat berkembang secara mampan.

Kelestarian Alam Sekitar

Pertumbuhan Ekonomi

Filantropi

Kasih PKNS

Kumpulan PKNS menyalurkan bantuan kewangan dan sumbangan kepada mereka yang memerlukan melalui program CSR Kasih PKNS bagi meringankan beban serta membawa kegembiraan dalam kehidupan mereka.

Bantuan Program Kasih PKNS disalurkan kepada ibu tunggal, anak yatim, mangsa bencana alam, golongan gelandangan, golongan kurang bernasib baik dan lain-lain

Skim Peduli Sihat

Dengan kehadiran dalam sektor kesihatan, kami menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan melalui pelbagai program. Skim Peduli Sihat, sebuah program insurans kesihatan untuk golongan berpendapatan rendah, merupakan tunjang kepada usaha filantropi kami.

Menyampaikan insurans kesihatan kepada 85,000 pemegang polisi dalam golongan berpendapatan rendah dengan peruntukan RM42.5 juta.

Memberi vaksin kepada lebih 125,969 individu melalui program SELVAX.

Membantu lebih daripada 500,000 individu melalui program bantuan perubatan kami.

Rumah Mampu Milik

Sebagai rakan pembangunan sosio-ekonomi kerajaan Selangor, Kumpulan PKNS terus memikul tanggungjawab menyediakan rumah kos rendah di negeri progresif ini, sekaligus merealisasikan impian pemilikan rumah bagi rakyat Selangor.

Lebih 60,843 rumah mampu milik telah dilancarkan

Lebih 41,196 rumah telah diserahkan kepada milik

Lebih 254,606 rumah telah diluluskan untuk pembinaan

Ke Arah Selangor Yang Lebih Baik

Kumpulan PKNS juga memberi tumpuan kepada program-program yang komited untuk mewujudkan persekitaran yang lebih lestari. Kami berhasrat untuk memupuk persekitaran yang lebih hijau dengan menanam pokok-pokok asli bagi memperkukuh ekosistem dan memelihara warisan hijau untuk generasi akan datang.

Lebih 2,400 pokok tempatan ditanam, dan jumlahnya masih berkembang.

Berhasrat untuk melestarikan 5.6 hektar kawasan hijau di Selangor

Memberi Kebahagian Kepada Keluarga Yang Memerlukan

Sebagai sebahagian daripada usaha Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), anak syarikat kami, PKNS Real Estate Sdn. Bhd. (PREC), telah bekerjasama dengan Lembaga Zakat Selangor bagi menyalurkan bantuan Hari Raya kepada keluarga asnaf menerusi inisiatif Sentuhan Ramadan. Sumbangan tersebut merangkumi pakaian perayaan dan barangan keperluan asas bagi membantu mereka menyambut Aidilfitri dengan penuh maruah dan kegembiraan.

Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada Festival Ramadan Selangor 2025 di SACC Mall dan turut dipaparkan dalam program Singgah Sahur 2025 di TV3, sekali gus mengukuhkan peranan berterusan PREC bukan sahaja dalam membina kediaman—malah turut menyemai harapan.

Kembara PREChatin X YIDE 2024

Dengan kerjasama Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE), Kumpulan PKNS berjaya mengagihkan lebih RM93,000 dana zakat kepada 167 orang anak yatim daripada empat buah rumah kebajikan. Inisiatif Kembara PREChatin X YIDE 2024 ini menandakan satu pencapaian penting, apabila buat julung kalinya PREC bekerjasama dengan YIDE dalam melaksanakan program CSR berimpak tinggi di luar bulan Ramadan.

Selain sumbangan kewangan, warga kerja PREC turut mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti termasuk pengagihan barangan keperluan harian, kerja-kerja baik pulih fasiliti serta penganjuran program interaktif bersama anak-anak tersebut. Inisiatif ini bertujuan untuk terus memperkukuh hubungan dengan komuniti di samping menyebarkan kegembiraan dan sokongan kepada golongan yang memerlukan.

Jelajah Masjid

Kumpulan PKNS, sebagai sebahagian daripada usaha bersama dengan Lembaga Zakat Selangor (LZS), KiniHalal dan HWC Coffee, telah berjaya mengagihkan 300 hidangan percuma Bubur Lambuk Kampung Baru kepada jemaah Masjid Al-Mukaramah, Damansara, menerusi inisiatif Masjid Hopping sepanjang bulan Ramadan. Program berteraskan komuniti ini bertujuan menyemarakkan semangat Ramadan dengan menyediakan juadah berbuka puasa.

Pengagihan ini dilaksanakan hasil komitmen berterusan PREC sebagai pembayar zakat serta usaha memperkukuh hubungan dengan komuniti setempat. Program ini turut menampilkan unit bergerak Zakat Selangor Sana Sini (ZASS), yang membolehkan para hadirin menunaikan kewajipan zakat dengan lebih mudah di lokasi, sekali gus meningkatkan penglibatan komuniti.