Sukan
Mengekalkan Legasi untuk Generasi Akan Datang
Kami Menerajui Legasi dalam Tiga Cabang Sukan
Mengekalkan Momentum dalam Bola Sepak
Lebih mesra dikenali sebagai “Red Giants”, Selangor FC merupakan salah satu kelab bola sepak yang ikonik di Malaysia, dengan legasi yang bermula seawal penubuhannya pada tahun 1936.
Selain daripada pencapaian yang luar biasa, Selangor FC berkongsi ikatan unik dengan PKNS (Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor), seperti yang dapat kita lihat dalam kerjaya luar biasa salah seorang lagenda bola sepak Malaysia, Mokhtar Dahari. Mokhtar turut berkhidmat sebagai kakitangan di PKNS, pada masa yang sama juga mendebarkan hati para peminatnya sebagai penyerang utama Selangor FC, melambangkan hubungan erat antara kelab bola sepak ini dengan perbadanan pembangunan negeri.
Sinergi ini terus membentuk identiti Selangor FC, memupuk bakat, menyatukan komuniti, dan memberi inspirasi kepada generasi peminat bola sepak.
33 ![]()
Kemenangan Piala Malaysia
5 Piala FA
Kemenangan
7
kali menjuarai
liga
8
kemenangan
Piala Sumbangsih
Hayunan Penuh Keunggulan
PKNS Selangor Masters ialah kejohanan golf berprestij yang menjadi salah satu acara golf utama di Malaysia. Kejohanan yang dianjurkan oleh Kumpulan PKNS ini berfungsi sebagai platform untuk mempamerkan bakat golf tempatan dan antarabangsa serta menarik profesional dan para peminat sukan ini untuk berkunjung ke Selangor.
Kejohanan ini bukan sahaja meningkatkan martabat golf Malaysia di pentas antarabangsa tetapi juga mengukuhkan komitmen Kumpulan PKNS untuk menyokong dan mempromosikan kecemerlangan sukan di seluruh kawasan ini.
Sebagai kejohanan yang melambangkan kecemerlangan, semangat kesukanan, dan semangat komuniti, Selangor Masters telah menjadi simbol dedikasi Kumpulan PKNS dalam memajukan sukan di rantau ini. Sama ada anda seorang pemain golf berpengalaman atau peminat sukan yang berbakat tinggi, PKNS Selangor Masters menawarkan pengalaman yang tidak dapat dilupakan yang meraikan keindahan dan cabaran permainan ini.
Sebahagian daripada
Asian Development Tour
Menyumbang kepada Order of Merit untuk kelayakan kad Asian Tour
Acara Berbasikal Terulung
Selangor International Race (SIR) merupakan acara berbasikal berprestij yang telah menjadi tunjang dalam kalendar sukan Malaysia, menarik penyertaan pelumba elit serta peminat sukan dari seluruh dunia.
Dilancarkan bagi mempamerkan keindahan landskap Selangor serta komitmen dalam mempromosikan gaya hidup aktif, SIR telah berkembang menjadi perlumbaan yang diraikan, menggabungkan persaingan bertaraf dunia dengan penglibatan komuniti yang meriah. Dengan laluan mencabar yang menguji ketahanan dan kemahiran, acara ini telah meraih reputasi sebagai tontonan yang mengujakan bagi peserta dan juga penonton.
Tahun demi tahun, SIR terus meningkatkan martabat sukan berbasikal di Malaysia, memberi inspirasi kepada generasi atlet akan datang dan mengukuhkan status Selangor sebagai hab kecemerlangan sukan antarabangsa.
– Laluan perlumbaan sepanjang 141 km dengan elevasi melebihi 900 meter
– Menghimpunkan pelumba dari pelbagai latar, termasuk pelumba profesional daripada pasukan Continental, pelumba peringkat kebangsaan dan negeri, wakil kelab serta peminat berbasikal
Penyertaan penunggang basikal luar daripada lebih sembilan negara
















